Seminar Perniagaan Internet Malaysia

Thursday, December 18, 2008

Kedai Online

Kedai online bukanlah merupakan perkara yang baru di Malaysia. Ramai yang telah membuka konsep sebegini dengan menjual barang/produk/service di internet. Sememangnya di akui bahawa perkembangan ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik. Ini kerana ia membuka peluang yang lebih banyak kepada usahawan terutamanya dalam memperkembangkan jenis produk dan perkhidmatan. Dengan adanya konsep Kedai Online, penguna akan mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan.
Kelebihan melayari konsep kedai sebegini adalah sangat mudah kerana anda tidak perlu pergi ke kedai tertentu untuk mendapatkan sesuatu barangan kerana anda boleh membuat tempahan secara online dan anda hanya perlu tunggu bila produk tersebut akan sampai ke rumah anda.

No comments: